Friday, February 15, 2013
Hati Kita Keras
Hati Kita Keras
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikanTerutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)
Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikanTerutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)
5 A L A M
Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam ygdilalui oleh setiap manusia iaitu :
1. Alam Roh - Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. -
Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.
2. Alam Rahim - selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagimengingati segala peristiwa Alam Roh)
3. Alam Dunia - Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya. -
Hidup sehingga 65thn-75thn
4. Alam Kubur - Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 thn bersamaan 1000 thn didunia. - Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw bersabda :" Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka"
5. Alam Mahsyar - Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 thnbersamaan 50,000 thn didunia. - Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Ma! laikat Israfil. - Tiupanpertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg keduamenghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.
- * Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain.
- Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku"
# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :
1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.
2. Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Berrtuah ! Peringkatkedua)
3. Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-or ang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).
Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecildimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu;
1. Muqarrabiin. 2. Golongan Kanan. 3. Golongan Pendusta Yang Sesat.
Peristiwa di Padang Mahsyar
- Manusia dibangunkan dlm keadaan telanjang melainkan mrk yg beriman. Jln masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yg lain (para Nabi,
Sahabat dan mrk yg beriman). 7 golongan :
1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid
3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda ygtaat kepada perintah Allah
5. Lelaki yg diajak oleh wanita,tetapi dia menolak dgn kata "Aku takut pada Allah"
6. Lelaki ygsenantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemukerana Allah dan berp! isah kerana Allah.
(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanyabermaksud atau bersama perempuan)
Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn
didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mrk ygberiman, kemudian terdengar suara "pergilah berjumpa dgn para Nabi".. maka yg mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama danpara ambia. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa denganNabi Adam ttp usaha mereka gagal krn Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa krn memakan buah larangan disyurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh,Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebabseperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat
- Soal Jawab - Membaca catatan amalan - Hisab
*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.! "Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)!Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu besertasyaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawamereka duduk bertelut di keliling Neraka jahanam." Surah Maryam
Ayat 68. Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yg mana perjalanannya mengambil masa 15,000 thn perjalanan (persamaandidunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mrk yg beriman) . 999 manusiaakan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar nerakasetelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yg meninggal sewaktukecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).
*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikatJibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah)! semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk darialam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16 *Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kitaleka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketikaitu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalamAl-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian merekadidunia sebaik sahaja melihat api neraka ;
Wallahuwa'lam.
Di antara dua tangisan..
Di antara dua tangisan..
AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.
Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.”Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita?
Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun ALLAH SWT telah berfirman,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan. Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”
Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”
Subscribe to:
Posts (Atom)